Banner

ISU SEMASA

KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA

Kesalahan bahasa pada papan tanda, iklan, medium penyiaran dan premis-premis perniagaan memang sering kita lihat. Masyarakat seolah-olah sudah tidak mengendahkan akan kesalahan bahasa yang telah mereka lihat dan berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sila klik di sini untuk melihat contoh-contoh kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_______________________________________________

MEMARTABATKAN BAHASA  MALAYSIA
MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS ( MBMMBI )

Berikutan pemansuhan program PPSMI maka Kementerian Pelajaran telah menggubal dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris  ( MBMMBI ) bagi memastikan anak-anak didik di sekolah terus menguasai Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi pengusaan Bahasa Malaysia. Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan  oleh kerajaan bermula pada tahun 2012. Dasar ini juga sebahagian daripada  penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Sila klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MBMMBI.