Banner

Friday 2 December 2011

KATA HUBUNG


1.    Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.

2.    Contohnya :

a)    Emak membeli ikan dan sayur.
(penggabungan kata)
b)    Ah Meng gemuk tetapi kuat berlari.
(penggabungan frasa)
c)    Anita mengemas rumah sementara Azura membasuh kain.
(penggabungan ayat dengan ayat)

3.    Kata hubung terbahagi kepada dua :
a)    kata hubung tunggal
-       dan, atau, tetapi, sambil, supaya, kerana, dan sebagainya

b)    kata hubung berpasangan
-       baik….mahupun
-       jangankan…..pun
-       sungguhpun…..tetapi
-       walaupun……namun

4.    Contoh ayat :
i)             Barang itu murah tetapi bermutu.
ii)            Berusahalah dengan tekun supaya cita-citamu tercapai.
iii)           Sungguhpun dia kurus tetapi dia sihat.
iv)           Walaupun sakit namun Leon masih mampu tersenyum.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Murid sering menyalahgunakan kata hubung kerana tidak memahami cara menggunakan kata hubung tersebut.

Contoh :
a)    Anak Puan Atilia itu cantik kecuali sombong. ( X )
b)    Anak Puan Atilia itu cantik tetapi sombong. ( √ )

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1.    Ah Meng mengulangkaji buku pelajaran ______________ menulis nota ringkas pada buku nota kecilnya.
2.    Azlida mengambil selimut _____________ menyelimutkan adiknya yang kesejukan itu.
3.    Norliza ____________ Sandra berganding bahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Naimah.
4.    ______________ menunggang basikal ke sekolah, Ramesh terjumpa seekor kucing yang kebasahan.
5.    Huzairi tidak pasti sama ada hendak pergi bercuti ke Pulau Pangkor _________ pulang ke kampung.

No comments:

Post a Comment