Banner

Wednesday 7 December 2011

KATA BILANGAN

1.    Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.    Contoh kata bilangan :
     - semua, para, beberapa, kedua-dua, dan ketiga

3.    Contoh ayat :
i)             Bukan semua murid terlibat dalam program motivasi itu.
ii)            Rizal merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
iii)           Para jemputan dipersilakan masuk ke dalam dewan.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Kata bilangan seperti para, beberapa, tidak boleh digandakan.
Contoh :
a)    Para-para murid dilarang membuat bising. ( X )
b)    Para murid dilarang membuat bising. ( √ )

LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1.    Dalam masa ______________ hari lagi, abang akan berlepas ke luar negara.
2.    _____________ kawasan kampung bergelap kerana bekalan elektrik terputus.
3.    Terdapat _____________ murid yang masih belum menjelaskan yuran sekolah mereka.
4.    _____________ murid membawa makanan sendiri dari rumah.
5.    _____________ bulan Sarah akan pulang ke kampung untuk menzairahi orang tuanya.

PENJODOH BILANGAN

1.    Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
2.    Ada kalanya kata bilangan disertai penjodoh bilangan.
3.    Contoh penjodoh bilangan :
    -   biji, buah, keping, bilah, batang, tangkai, dan ekor.

4.    Contoh ayat :
i)             Di hujung kampung ini, ada sebatang sungai yang mengalir jernih.
ii)            Pak Hasan menebang pokok itu dengan menggunakan sebilah kapak.
iii)           Kak Ella memelihara empat ekor kucing di rumahnya.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contoh :
a)    Semua buah pendapat akan dipertimbangkan oleh ketua jabatan. ( X )
b)    Semua pendapat akan dipertimbangkan oleh ketua jabatan. ( √ )

LATIHAN

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1.    Setiap hari Sharmila membawa _____________ payung ke sekolah.
2.    Ayah membawa dua _____________ mata kail ketika pergi memancing di sungai.
3.    Ibu membeli ______________ permaidani yang baharu untuk diletakkan di ruang tamu.
4.    Aisyah kelihatan ayu sekali dengan _____________ bunga diselitkan di rambutnya.
5.    Kakak memasukkan beberapa ______________ garam ke dalam masakannya.

Monday 5 December 2011

KATA ADJEKTIF



1.    Kata adjektif menerangkan sifat sesuatu benda.
2.    Contohnya : bersih, indah, besar, seronok dan mahal
3.    Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
4.    Contoh ayat ;
i)             Kami seronok memancing di situ.
ii)            Beg yang dijual di butik itu agak mahal harganya kerana ia diimport dari luar  negara.
iii)           Dia berasa amat sedih apabila saya pergi.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1.    Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.

Contoh :
a)    Adik gemar rancangan itu. ( X )
b)    Adik gemar akan rancangan itu. ( √ )

LATIHAN
Pilih kata adjektif yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat di bawah ini.
1.    Ayah bercadang membeli sebuah rumah baharu yang lebih _____________ dan cantik.

A.   sempit                              C. besar
B.   lebar                                 D. kecil

2.    Nasi goreng yang dimasak oleh kakak terlalu _____________ kerana terlebih cili padi.

A.   manis                               C. masam
B.   masin                               D. pedas

3.    Yusrizal seorang murid yang _____________ . Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.

A.   pintar                                C. malas
B.   rajin                                  D. aktif

4.    Mak Ton sangat ______________ menganyam tikar.

A.   fasih                                 C. susah
B.   mahir                                D. malas

5.    Kenangan _______________ itu masih berlegar-legar dalam fikiran Siew Ching ketika bersendirian.

A.   luput                                 C. lewat
B.   lapuk                                D. lampau

Saturday 3 December 2011

TATABAHASA

Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana, sila klik di sini 

Friday 2 December 2011

KATA GANTI NAMA DIRI


1.    Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan sebagai ganti nama manusia.

2.    Kata ganti diri terdiri daripada :
a)    Kata ganti diri pertama
-     Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap
Contohnya : aku, saya, beta, patik, dan hamba

b)    Kata ganti diri kedua
-    Kata yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap
     dengan kita
Contohnya : anda, awak, engkau,dan  kamu


c)    Kata ganti diri ketiga
-     Kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga ketika bercakap
Contohnya : baginda, beliau, dia, dan mereka

3.    Contoh ayat :
i)             “Tolong ambilkan saya buku itu,” kata Aisyah kepada Sarah.
ii)            “Bagaimanakah keadaan nenek kamu? Adakah penyakitnya beransur pulih?” tanya Sandra kepada Swee Lan.
iii)           Kassim tidak dapat menghadiri latihan sukan kerana dia demam.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Perkataan kami bererti “saya dengan dia” tidak termasuk orang yang diajak bercakap manakala perkataan kita termasuk orang yang diajak bercakap.

Contoh :
a)    Kami mesti memenangi pertandingan ini,” kata Liza kepada Hafiz. ( X )
b)    Kita mesti memenangi pertandingan ini,” kata Liza kepada Hafiz. ( √ )

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1.    Encik Husin merupakan Ketua Kampung Sungai Rokam. ____________ seorang yang baik hati dan rendah diri orangnya.
2.    Raju tidak dapat hadir ke sekolah kerana _____________ demam.
3.    “Tuan ________________ dari mana ?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.
4.    Nabila, Mei Ling dan Sharma selalu bersama ke mana sahaja. ______________ bertiga berkawan sejak dari tadika.
5.    “____________ berjanji tidak akan datang lewat ke sekolah lagi,” kata Yusri kepada guru disiplin sekolahnya.

KATA HUBUNG


1.    Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.

2.    Contohnya :

a)    Emak membeli ikan dan sayur.
(penggabungan kata)
b)    Ah Meng gemuk tetapi kuat berlari.
(penggabungan frasa)
c)    Anita mengemas rumah sementara Azura membasuh kain.
(penggabungan ayat dengan ayat)

3.    Kata hubung terbahagi kepada dua :
a)    kata hubung tunggal
-       dan, atau, tetapi, sambil, supaya, kerana, dan sebagainya

b)    kata hubung berpasangan
-       baik….mahupun
-       jangankan…..pun
-       sungguhpun…..tetapi
-       walaupun……namun

4.    Contoh ayat :
i)             Barang itu murah tetapi bermutu.
ii)            Berusahalah dengan tekun supaya cita-citamu tercapai.
iii)           Sungguhpun dia kurus tetapi dia sihat.
iv)           Walaupun sakit namun Leon masih mampu tersenyum.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Murid sering menyalahgunakan kata hubung kerana tidak memahami cara menggunakan kata hubung tersebut.

Contoh :
a)    Anak Puan Atilia itu cantik kecuali sombong. ( X )
b)    Anak Puan Atilia itu cantik tetapi sombong. ( √ )

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1.    Ah Meng mengulangkaji buku pelajaran ______________ menulis nota ringkas pada buku nota kecilnya.
2.    Azlida mengambil selimut _____________ menyelimutkan adiknya yang kesejukan itu.
3.    Norliza ____________ Sandra berganding bahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Naimah.
4.    ______________ menunggang basikal ke sekolah, Ramesh terjumpa seekor kucing yang kebasahan.
5.    Huzairi tidak pasti sama ada hendak pergi bercuti ke Pulau Pangkor _________ pulang ke kampung.