1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2. Contoh kata bilangan :
- semua, para, beberapa, kedua-dua, dan ketiga
3. Contoh ayat :
i) Bukan semua murid terlibat dalam program motivasi itu.
ii) Rizal merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
iii) Para jemputan dipersilakan masuk ke dalam dewan.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Kata bilangan seperti para, beberapa, tidak boleh digandakan.
Contoh :
a) Para-para murid dilarang membuat bising. ( X )
b) Para murid dilarang membuat bising. ( √ )
LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.
1. Dalam masa ______________ hari lagi, abang akan berlepas ke luar negara.
2. _____________ kawasan kampung bergelap kerana bekalan elektrik terputus.
3. Terdapat _____________ murid yang masih belum menjelaskan yuran sekolah mereka.
4. _____________ murid membawa makanan sendiri dari rumah.
5. _____________ bulan Sarah akan pulang ke kampung untuk menzairahi orang tuanya.