Banner

Friday 2 December 2011

KATA GANTI NAMA DIRI


1.    Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan sebagai ganti nama manusia.

2.    Kata ganti diri terdiri daripada :
a)    Kata ganti diri pertama
-     Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap
Contohnya : aku, saya, beta, patik, dan hamba

b)    Kata ganti diri kedua
-    Kata yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap
     dengan kita
Contohnya : anda, awak, engkau,dan  kamu


c)    Kata ganti diri ketiga
-     Kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga ketika bercakap
Contohnya : baginda, beliau, dia, dan mereka

3.    Contoh ayat :
i)             “Tolong ambilkan saya buku itu,” kata Aisyah kepada Sarah.
ii)            “Bagaimanakah keadaan nenek kamu? Adakah penyakitnya beransur pulih?” tanya Sandra kepada Swee Lan.
iii)           Kassim tidak dapat menghadiri latihan sukan kerana dia demam.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.    Perkataan kami bererti “saya dengan dia” tidak termasuk orang yang diajak bercakap manakala perkataan kita termasuk orang yang diajak bercakap.

Contoh :
a)    Kami mesti memenangi pertandingan ini,” kata Liza kepada Hafiz. ( X )
b)    Kita mesti memenangi pertandingan ini,” kata Liza kepada Hafiz. ( √ )

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1.    Encik Husin merupakan Ketua Kampung Sungai Rokam. ____________ seorang yang baik hati dan rendah diri orangnya.
2.    Raju tidak dapat hadir ke sekolah kerana _____________ demam.
3.    “Tuan ________________ dari mana ?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.
4.    Nabila, Mei Ling dan Sharma selalu bersama ke mana sahaja. ______________ bertiga berkawan sejak dari tadika.
5.    “____________ berjanji tidak akan datang lewat ke sekolah lagi,” kata Yusri kepada guru disiplin sekolahnya.

No comments:

Post a Comment